Projek penanaman ubi diatas tapak semaian yang telah diusahakan sebelum ini memberi peluang kepada kami untuk terus mencuba dan mencuba menanam tanaman yang dapat dilihat hasl dalam tempoh yang singkat bagi mengelakkan daripada pertembungan bulan Ramada dan musim banjir.





Tapak semaian yang diusahakan.....luas jugak tuh













Budak-budak ni bergotong-royong menyemai...bagus2


















Pokok ni tempat budak-budak ni lepas penat dan lelah












Read more...


Satu siri lawatan bermaklumat ke Negeri Kelantan telah diadakan pada bulan lepas, dah x ingat tarikh...huhu. Seramai 20 orang murid beserta guru pengiring, PPM dan ibu bapa menyertai lawatan ini.


Tempat pertama yang dituju adalah YOKUK atau Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan yang merupakan sebuah organisasi yang membantu dan membela warga istimewa di negeri Kelantan.




Banyak jugaklah pengalaman yang kami dapat melalui siri lawatan ini walaupun tempoh lawatan agak singkat. Dengan penerangan yang padat dan penuh bermaklumat serta pengenalan kepada kawasan sekitar termasuk tempat terapi berkuda, nyata memberi kami semua satu pengalaman berharga.
Terima kasih kepada pihak pengurusan YOKUK dan semua yang terlibat.



Read more...



Projek Bumi Hijau, merupakan projek pertanian secara pembelajaran bagi murid-murid PPKIBP SK Getang



Projek ini yang diteruskan kesinambungan daripada tahun lepas merupakan projek yang dijalankan dengan kerjasama pihak pengurusan SK Getang, Jabatan Pertanian serta warga PPKIBP sendiri.

Kami menggunakan tanah di kawasan belakang sekolah untuk dijadikan tapak projek dengan penanaman ubi keledek memandangkan masa yang tidak mencukupi kerana kami tidak mahu bertembung dengan bulan Ramadan.

Setiap hari Isnin dan Rabu iaitu pada waktu Kemahiran Hidup, budak-budak ni akan bersama guru serta PPM akan turun ke bendang(hehe ayat skima)untuk mengusahakan tanah ini. Orang tua-tua kata, berbakti kepada tanah, sebab nanti kat tanah jugak kita kembali......

Kiranya, dah banyak budak-budak ni timba ilmu dan kemahiran macamana nak tanam dan usahakan tanah untuk pertanian. Guru pun tumpang sekalilah. Nanti time cuti boleh tanam kat belakang atau tepi rumah..kalo rajin lah.

Setakat ini, dah ada jugak hasil skit2, daun pun dah tumbuh..syukur

Read more...


Kenali kami di SK Getang...

Sekolah Kebangsaan Getang, yang terletak di alamat 21210, Kuala Telemong merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu dan di bawah PPD Hulu Terengganu.

SK Getang merupakan sekolah integrasi di mana terdapat program PPKIBP iaitu Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran yang menempatkan 25 orang murid yang terdiri daripada murid Slow Learner, Sindrom Down, Spastik @ CP dan ADHD.
Kebanyakan murid yang mendaftar di sini adalah terdiri daripada kampung sekitar iaitu Kampung Cepoh, Kampung Getang, Kampung Telemong, Kampung Sungai Ular dan Kampung Binjai Kertas.

Program PPKIBP SK Getang mempunyai 6 orang guru yang bersemangat dengan diketuai oleh seorang penyelaras dan dibantu oleh 3 orang pembantu pengurusan murid ( PPM ) yang berdedikasi dan bertekad cemerlang.
Terima kasih kepada pengurusan sekolah terutama kepada Guru Besar, GPK, guru-guru dan staf semua kerana membantu kami dan menerima kami sebagai warga SK Getang...

Read more...




Read more...