Projek Bumi Hijau, merupakan projek pertanian secara pembelajaran bagi murid-murid PPKIBP SK Getang
Projek ini yang diteruskan kesinambungan daripada tahun lepas merupakan projek yang dijalankan dengan kerjasama pihak pengurusan SK Getang, Jabatan Pertanian serta warga PPKIBP sendiri.
Kami menggunakan tanah di kawasan belakang sekolah untuk dijadikan tapak projek dengan penanaman ubi keledek memandangkan masa yang tidak mencukupi kerana kami tidak mahu bertembung dengan bulan Ramadan.
Setiap hari Isnin dan Rabu iaitu pada waktu Kemahiran Hidup, budak-budak ni akan bersama guru serta PPM akan turun ke bendang(hehe ayat skima)untuk mengusahakan tanah ini. Orang tua-tua kata, berbakti kepada tanah, sebab nanti kat tanah jugak kita kembali......
Kiranya, dah banyak budak-budak ni timba ilmu dan kemahiran macamana nak tanam dan usahakan tanah untuk pertanian. Guru pun tumpang sekalilah. Nanti time cuti boleh tanam kat belakang atau tepi rumah..kalo rajin lah.
Setakat ini, dah ada jugak hasil skit2, daun pun dah tumbuh..syukur
This entry was posted on 6:23 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Capaian Blog
Memo
Cakap dan Sembang
Theme by Function
© 2008 PPKIBP SK GETANG Bloggerized by Falcon Hive.com
Brought to you by Blogspot Templates
Brought to you by Blogspot Templates
0 comments: