Kenali kami di SK Getang...

Sekolah Kebangsaan Getang, yang terletak di alamat 21210, Kuala Telemong merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu dan di bawah PPD Hulu Terengganu.

SK Getang merupakan sekolah integrasi di mana terdapat program PPKIBP iaitu Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran yang menempatkan 25 orang murid yang terdiri daripada murid Slow Learner, Sindrom Down, Spastik @ CP dan ADHD.
Kebanyakan murid yang mendaftar di sini adalah terdiri daripada kampung sekitar iaitu Kampung Cepoh, Kampung Getang, Kampung Telemong, Kampung Sungai Ular dan Kampung Binjai Kertas.

Program PPKIBP SK Getang mempunyai 6 orang guru yang bersemangat dengan diketuai oleh seorang penyelaras dan dibantu oleh 3 orang pembantu pengurusan murid ( PPM ) yang berdedikasi dan bertekad cemerlang.
Terima kasih kepada pengurusan sekolah terutama kepada Guru Besar, GPK, guru-guru dan staf semua kerana membantu kami dan menerima kami sebagai warga SK Getang...



This entry was posted on 9:12 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: